Bulan Februari ini sangat menarik sebab dia cuma ada 28 hari dan setiap 4 tahun akan bertukar menjadi 29 hari. Woww, kenapa eh?
Sejarahnya bermula semasa zaman Romulus, Maharaja pertama Rome. Baginda telah membuat sistem kalendar atas sebab dasar pertanian. Mengikut sejarah, dulu kalendar cuma ada 10 bulan dan 304 hari saja. Januari dan Februari belum wujud. Antara sebabnya adalah semasa bulan Jan dan Feb, musim itu adalah musim sejuk, jadi baginda merasakan tidak penting untuk di ingat.

Kemudian bila tiba masa Maharaja kedua, Numa Pompilius pula, baginda mahu kalendar ini mengikut sistem 12 lunar cycles. Jadi pada tahun 7 13 BC, Januari dan Februari barulah ditambah. Nama asal Februari adalah Februalia iaitu bulan penyucian.
Namun ada satu masalah lain yang timbul pula. Bagi masyarakat rome, nombor ganjil ini adalah nombor malang. Jadi, selepas ditambah hari selama setahun, maka nombor akhir adalah berjumlah genap. Maka, Pompilius memutuskan, setiap bulan kena berakhir samada 29 atau 31 hari. Akhirnnya satu bulan dipilih untuk ada 28 hari sahaja iaitu Februari.

Tetapi bila Pompilius buat sistem tarikh dengan angka 31 dan 28, selepas beberapa tahun, baginda melihat musim dan bulan tidak synchronize. Jadi, satu masalah juga apabila setiap bulan musim berubah-rubah. Sebagai contoh, sepatutnya bulan 12 adalah musim sejuk. Tetapi musim sejuk terpaksa berubah-ubah sepanjang tahun.
Jadi, semasa zaman Julius Caesar, baginda menyamakan sistem kalendar Rome dengan Mesir. Maka setiap bulan telah ditukar secara 30 dan 31 kecuali Februari yang kekal 28 hari.

Setiap empat tahun, Februari dijadikan 29 hari dengan tujuan untuk sync musim di Rome dengan bulan di dalam kalendar. Dan akhirnya, kalendar sekarang dikenali sebagai Kalendar 365 Julius Caesar.


