Ustazah Norhafizah Musa atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Cik mendapat pendidikan pada peringkat Sarjana Muda di Universiti of Yarmouk, Jordan dalam bidang Sastera Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Seterusnya beliau menyambung pengajian pada peringkat sarjana di Universiti Malaya di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan. Ibu kepada tujuh orang anak ini telah menerima penganugerahan Doktor Falsafah (PhD) dari Akademi Pengajian Islam ketika umur mencecah 43 tahun.
Beliau banyak berkongsi doa-doa kepada masyarakat untuk kemudahan kita semua. Antara doanya adalah seperti berikut.
- Doa agar diberi kebijaksanaan dalam hidup
Doa ini pernah dipanjatkan oleh Nabi Ibrahim as. Beliau berdoa agar diberi kebijaksanaan dalam hidup, kemudian memohon agar dimasukkan kepada golongan orang-orang yang saleh, menjadi buah tutur yang baik, dan menjadi pewaris syurga.
رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيم
“Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang saleh, dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian, dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mewarisi syurga yang penuh kenikmatan” (QS. Asy Syu’ara: 83-85)
2. Doa Istighfar Rasulullah
Marilah sama-sama kita mengamalkan doa ini bersama, mudah-mudahan sentiasa diberikan kemudahan dalam hidup.


