Tahukah anda?
Kanser paru-paru merupakan antara serangan kedua yang jelas menyerang rakyat di negara ini. Pada peringkat dunia pula, kanser ini merupakan punca utama yang meragut nyawa pada setiap tahun.
Pakar Kardiotorasik merangkap Presiden Jaringan Kanser Paru-Paru Malaysia (JKPM) menyatakan bahawa data Registri Kanser Kebangsaan mendapati, hampir 90 peratus kes kanser disahkan pada tahap ketiga dan keempat. Data ini sentiasa membimbangkan kerana peratusannya yang agak tinggi.

Banyak kempen kesedaran dilakukan di seluruh dunia sekaligus menerangkan salah faham masyarakat terhadap penyakit ini. Penyakit kronik ini boleh dicegah melalui amalan pemakanan gaya hidup sihat, senaman ringan dan mengetahui simptom awal kanser paru-paru.
Pesakit yang mengalami situasi ini perlu bersedia mental dan fizikal agar pemikiran tidak terganggu dengan pemikiran negatif sehingga membawa kepada kemurungan dan bertindak agresif.

Penyakit kronik ini boleh mengancam kematian jika tidak dikesan lebih awal. Tanggapan masyarakat bahawa penyakit ini hanya menyerang individu tertentu sahaja sebenarnya tidak tepat kerana ia tidak mengenal peringkat umur mahupun jantina.


