Adik Haziq Stress Selepas Jadi Wartawan?

Adik Haziq tu comel-comel je dia, pekat betul loghat dia. Patutlah, anak orang Sungai Petani rupanya.

Baru ja adik Haziq viral dengan gaya ‘reporters’, dah ada netizen mula ‘cakap-cakap’ pula. Ceritanya, disebabkan gelaran ‘Wartawan Cilik’ yang diberikan netizen tu. Cuba korang tengok dekat komen-komen tiktok. Ada lah juga sikit-sikit yang menegur, kononnya nanti dia terlepas sekolah, gaya kewartawanan yang tak betul. Adehh ada juga sikit-sikit mengata tu.

Nama sebenarnya ialah Muhammad Haziq bin Mohd Asyraf (12 tahun). Siapa sangka begitu petah menyampaikan berita. Kecik-kecik dah bijak bestari, sehinggakan Sultan Kedah pun sebut dia. Perdana Menteri pun jemput dia. Inilah orang kata viral. Sekelip mata jadi perhatian ramai.

https://www.youtube.com/watch?v=6tCgGvqecPA

Bila dah popular ni, secara tak langsung ramai usahawan dan syarikat yang mula ambik peluang untuk buat marketing. Memasarkan produk untuk manfaat populariti yang dia ada. Tak menang tangan jadinya. Bila banyak sangat panggilan masuk untuk minta dia buat review produk, jadi sedikit sebanyak jadual hidup dia mula berubah.

Adik Haziq ni, dia sama macam kanak-kanak lain. Main kat luar, panjat pokok, main itu main ini. Sama seperti anak-anak kampung lain. Bukan tu saja, dia jugak boleh dikira matang untuk umurnya semuda itu.

Gambar: Mstar

Melihat kepada individu seperti adik Haziq ni, sangat tak mustahil untuk dia berjaya bila dah dewasa. Namun, panjang lagi perjalanan kehidupannya. Dia masih bersekolah, hari-hari ada tugasan daripada guru, tentu saja waktunya sangat padat dan baliknya akan letih, apalagi bila terpaksa menambah urusan-urusan luar seperti review produk dan sebagainya.. 

Daripada cikgunya sendiri pun ada menyatakan, sekalipun adik Haziq popular, tapi sebolehnya jangan sampai mengganggu waktu belajar. Besar harapan ibu ayah dan guru untuk melihat anak didik mereka berjaya dengan cemerlang dalam kehidupan. Kuncinya disini adalah pengurusan waktu untuk adik Haziq memang perlu tiptop.

Waktu muda adalah tempoh membesar mencari pengalaman. Masih banyak pilihan diluar sana yang belum diteroka. Waktu belajar perlu kepada fokus, dan andai fokus terganggu, sayang dengan ilmu yang diberi bila tak dapat diserap dengan baik.

Tapi dalam keceriaan dia, rupa-rupanya adik Haziq menghidapi penyakit talasemia. Kami doakan semoga adik Haziq cepat sembuh dan berjaya dunia akhirat.

KONGSI ARTIKEL INI