All Of Us Are Dead Menduduki Peringkat Pertama Tontonan Netflix Seluruh Dunia

Drama bersiri Korea, All of us are Dead yang ditayangkan sejak 28 Januari 2022 kini mendapat perhatian di beberapa buah aplikasi movie.

Drama ini mengisahkan tentang sebuah sekolah tinggi yang menjadi titik mula penularan virus sehingga menyebabkan zombification. Pelajar yang terperangkap terpaksa bertarung nyawa untuk melepaskan diri atau berubah menjadi zombie liar. Ya, memang zombi tu dah liar pun.

Menariknya, drama zombie ini membawa jalan cerita yang agak berbeza daripada drama ‘Train To Busan’ (2016) yang pernah viral suatu ketika dahulu. Konsep yang dibawa kini lebih menggerunkan dan padat dengan aksi mendebarkan. Baru episod 3, itu pun dah nak tercabut jantung.

Setelah drama Korea ini ditayangkan, siri ini berjaya menduduki peringkat pertama tontonan Netflix di seluruh dunia. Hal ini menjadikan All of Us are Dead merupakan drama Korea kedua yang meraih puncak tertinggi setelah siri Squid Games.

Bila tengok movie ni, ada 3 sudut pandang yang boleh diambil:

  1. Kejujuran sangat penting ketika berpasukan. Keberadaan sekumpulan pelajar sekolah yang masih terselamat di tempat yang kurang selamat boleh menyebabkan sesiapa sahaja akan terkorban kerana kesan luka di badan akan terlihat seolah kesan gigitan zombie.
  1. Semangat setiakawan ketika bekerjasama akan menguatkan lagi semangat untuk melalui cabaran berhadapan dengan segerombolan zombie di setiap sisi mereka.
  1. Haaaa yang ketiga ni tengok boleh, tapi jangan percaya pulak yang zombie tu memang wujud. Maunya 24 jam menghadap zombie sampai tak sedar diri sendiri pun dah subuh zombie.
KONGSI ARTIKEL INI