Semasa anda mengharapkan anak kembar, satu perkara (mungkin satu-satunya perkara) yang boleh anda harapkan ialah kehidupan sebagai ibu bapa anda akan sama sekali berbeza daripada kehidupan sebagai ibu bapa tunggal.
Nasihat terbaik yang boleh anda dapatkan adalah dari rakan-rakan ibu bapa yang mempunyai ramai anak. Disini terdapat beberapa tips yang dikongsikan oleh keluarga lain agar memudahkan urusan anda menjaga anak kembar.
MENJAGA JADUAL WAKTU ANAK-ANAK
Apabila seorang kembar telah bangun, pastikan kembarnya juga bangun. Jika yang seorang makan, pastikan mereka makan bersama-sama. Otak anda akan kurang tidur selama enam bulan pertama, jadi anda perlu juga menjaga kesihatan mental dan fizikal sendiri.
Terdapat suami isteri yang mencatat semua perkara di papan putih agar jadual anak mereka berjalan lancar. Mereka membuat dan mengikut jadual yang diselaraskan selama lapan minggu pertama mereka.
Cara mudah yang lain untuk mengikut aturan jadual adalah dengan menggunakan aplikasi anak kembar dari aplikasi di internet.

PERMUDAHKAN WAKTU MAKAN
Menyiapkan makanan untuk bayi kembar agak leceh. Sama ada anda menyusu atau memberi botol (atau gabungan keduanya). Lakukan apa sahaja yang boleh anda buat untuk menguasai cara penyusuan secara serentak. Ibu bapa perlu belajar bagaimana untuk menyusu kedua-dua bayi pada masa yang sama.
Kaedah ini dilihat berkesan apabila ada ibu yang memberi susu ibu dan susu botol pada waktu yang sama. Ini akan memudahkan urusan ibu itu sendiri.
Semasa memberi minum susu botol, gunakan dua bantal Boppy, dua tempat tidur Rock ‘n’ Play atau bantal menyusu Twin Z untuk menampung bayi anda.

URUS MASA MANDI
Anda boleh memilih untuk mandikan mereka berasingan atau serentak mengikut kemampuan diri.
Sewaktu yang lain sedang bermain, ibu boleh mandikan yang seorang lagi. Jika anda mandikan kedua-duanya sekaligus pun tiada masalah. Namun ia memerlukan tenaga yang pastinya lebih dari biasa.
Apabila umur mereka sudah meningkat, beli bekas mandi yang sesuai untuk anak-anak kembar agar mereka boleh dimuatkan bersama (sekiranya ingin dimandikan sekaligus).

BELAJAR MEMBEZAKAN
Pada hari-hari awal pengasuhan anak kembar, kebiasaannya ibu bapa akan tertukar nama dan diri anak-anak. Ini adalah perkara normal.
Ibu bapa boleh menyenangkan proses ini dengan meletakkan tanda nama, penanda khas, warna baju yang berbeza dan sebagainya agar memudahkan urusan pengecaman.
BERHUBUNG DENGAN IBU BAPA KEMBAR YANG LAIN
Sertai komuniti ibu bapa pasangan kembar bagi memudahkan urusan tip penjagaan. Ibu bapa yang masih muda mesti akan mengalami kesukaran untuk mengurus anak.
MENANGIS
Perlu ada persediaan mental apabila mendengar dua anak menangis sekaligus tanpa tahu puncanya. Anda pasti akan mengalami pengalaman ini.

BERKONGSI TUGAS
Meminta pertolongan tidak selalu mudah, tetapi menyerahkan tugas dan mempunyai bantuan akan menjadi kunci untuk bertahan.
Bagi pasangan, cuba bahagikan tugas penjagaan anak dengan sebaik mungkin.
Bagi ibu bapa tunggal yang membesarkan anak kembar, bergantunglah pada datuk dan nenek mereka untuk mendapatkan sokongan.


