Dah masuk minggu ketiga Syawal ni, agak-agak ada lagi tak rakyat Malaysia yang masih belum ‘move on’ dengan suasana beraya di kampung halaman. Kalau yang dah ‘move on’ tu baguslah, tapi buat yang masih belum ‘move on’ tu jom baca ni!
Jadi, sebenarnya wujud ka Post-Raya Syndrome ni? Jawapannya, “Ya, ia wujud!” Post-Raya Syndrome merujuk kepada perasaan keletihan fizikal dan emosi, rasa kosong serta kehilangan semangat yang biasanya dialami selepas tamat musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.

Benda ni bukanlah istilah rasmi dalam dunia psikologi pun, tapi realitinya memang wujud dan ramai yang mengalaminya setiap tahun tanpa sedar.
Kenapa Benda Ni Berlaku?
- Peralihan mendadak dari “mood raya” ke realiti hidup
Daripada baju baru, makanan sedap, ziarah keluarga tup tup terus patah balik ke kerja dan rutin harian. Jelas sekali peralihan ni bukan mudah. - Kepenatan yang tertangguh
Raya bukan rehat sangat sebenarnya, banyak rumah nak ziarah, banyak makanan nak layan, banyak pinggan nak basuh. Jadi, penatnya tu mungkin baru terasa sekarang. - Rasa kehilangan kemeriahan
Tiada lagi suasana riuh, gelak tawa saudara-mara atau takbir yang menusuk jiwa. Bila semua tu hilang, emosi pun terasa kosong. - Badan dalam mode ‘rosak jadual’
Tidur lewat, makan tak tentu, makanan manis dan berat. Semua ni mengganggu sistem badan dan hormon. Mood pun jadi tak stabil.

Cara Nak Atasi Post-Raya Syndrome:
- Bagi ruang untuk adapt semula
Tak perlu paksa diri terus ‘on fire’. Slow down dulu, susun dan dapatkan balik semula rentak. - Reset balik jadual tidur dan makan
Tidur awal, kurangkan gula dan lemak, banyakkan air kosong. - Buat mini-goal lepas raya
Contohnya: siapkan satu task penting dalam minggu ni. Biar semangat tu perlahan-lahan kembali. - Simpan kenangan raya secara positif
Buat album raya, tulis pengalaman manis. Semua ini bantu kurangkan rasa kehilangan. - Rancang aktiviti ringkas yang menyeronokkan
Macam short trip hujung minggu, movie night layan Blood Brothers ka ataupun set nak pergi open house dengan kawan-kawan berdekatan kita.
Post-Raya Syndrome bukan perkara pelik. Ianya satu refleksi bahawa kita pernah gembira dan sekarang badan serta emosi kita sedang cuba cari keseimbangan semula. Jadi, jangan harsh pada diri sendiri. Ambil masa. Perlahan-lahan, insyaAllah semangat tu akan datang balik


