Cara Tegur Tetamu Yang Datang Terlalu Lama

Musim-musim raya ni, mesti semua umat Islam di Malaysia akan saling menziarahi antara satu sama lain. Tapi tapi tapi, dalam kita duk seronok beraya tu, adab bertamu di rumah orang jangan pernah lupa. Mari tengok beberapa cara tegur tetamu yang datang terlalu lama. Kalau ada yang dah lupa, jom baca ni!

Beberapa adab yang perlu dipatuhi khususnya bagi mereka yang bertandang dan berziarah ke rumah orang lain adalah:

  1. Makan dengan segera jika dihidangkan makanan dan minuman kepadanya.
  2. Tidak meminta-minta hidangan atau perkara-perkara yang boleh menyusahkan tuan rumah.
  3. Jika dijemput, beritahu terlebih dahulu kepada tuan rumah berkaitan siapa yang akan datang dan berapa orang yang akan datang.
  4. Jauhi perkara-perkara atau perbuatan yang boleh menyusahkan dan menyakiti tuan rumah.
  5. Sunat bagi tetamu untuk mendoakan kebaikan buat tuan rumah.
  6. Tidak duduk dan singgah terlalu lama sehingga menyebabkan tuan rumah tidak senang duduk.
  7. Memilih waktu yang sesuai untuk datang bertandang.

(Rujukan: Irsyad Hukum Siri ke 284: Tetamu Datang Pada Waktu Malam)

Ok next, kalau kita sebagai tuan rumah dan ada tetamu kita ni yang datang terlalu lama ke rumah kita, haa macam mana kita nak tegur? Dibawah ini ialah video Cara tegur tetamu yang datang terlalu lama yang disampaikan oleh UAI.

Kesimpulannya, menyambut dan melayan tetamu yang datang ke rumah kita merupakan akhlak yang mulia dan satu amalan yang sangat dianjurkan oleh Islam. Namun, tuan rumah juga mempunyai hak untuk menghadkan waktu ziarah ke rumahnya kerana tuan rumah mempunyai hak privasi dan juga hak untuk berehat bersama keluarga tanpa diganggu oleh sesiapapun.

KONGSI ARTIKEL INI