CUB PRIX, Sukan ‘Rempit’ Halal Di Malaysia

Sukan permotoran adalah sukan yang digemari oleh anak-anak muda di Malaysia. Minat yang terlalu mendalam telah membawa mereka ke kancah rempit. Faktor kemenangan rempit juga datang daripada pengubahsuaian moto yang ekstrem sehingga mengabaikan faktor keselamatan.

Namun, Malaysia telah membawa level rempit ini ke satu tahap yang lebih profesional, selamat dan semangat kesukanan iaitu Cub Prix motorsport.

Perkataan Cub Prix sebenarnya berasal daripada perkataan kapchai yang merujuk kepada Honda Cup 50 (yang honda petak tu lah). Moto honda kapchai murah dan senang diperoleh ditambah pula mudah untuk dimodifikasikan.

Sukan cub prix telah bermula pada tahun 1994 dan membawa satu wajah sukan baru dalam arena permotoran Malaysia. Kini, cub prix telah sebati dengan jiwa mat-mat motor di Malaysia.

Kejohanan moto cub prix hanya berfokus kepada motosikal dengan 100-150 cc sahaja.

Terdapat tiga kategori permainan yang disediakan,

  1. Open-Make Category

Dibawah kategori ini terdapat 3 lagi pecahan kelas iaitu 

I. CP150 : Kategori profesional dengan saiz enjin 150 cc dalam pertandingan.

II. CP 125 : Kelas pertengahan dengan saiz enjin 125 cc. Khas kepada pelumba yang berkemahiran tetapi masih belum ke peringkat CP150.

III. WIRA : kelas permainan untuk peserta berumur 13-17 tahun.

  1. Semi Amateur Category

Kelas ‘private’ yang tidak mempunyai mana-mana sponsorship.

  1. One-Make Category

Kategori perlumbaan untuk mencari pelapis pelumba yang baru. Perlumbaan ini disponsor oleh syarikat motosikal terkemuka iaitu Yamaha, Suzuki dan Honda. Peserta pula haruslah tidak pernah menyertai perlumbaan profesional dan masih baru di arena cub prix. Segala peralatan keselamatan dan motosikal diberikan oleh syarikat.

Penganjur mempertimbangkan untuk menambahkan kategori ‘Rookie’ baru ke dalam kejuaraan kerana sambutan yang luar biasa diterima semasa pendaftaran pelumba musim baru.  Penganjur menerima hampir 1000 permohonan pelumba untuk kejuaraan Musim 2017. 

Pada bulan Disember 2017, Benelli, salah satu pengeluar motosikal Itali tertua, menguji prototaip mereka untuk kategori kelas CP150.  Pada masa ini, hanya ada dua pembina yang bersaing dalam kelas CP150 iaitu Honda dan Yamaha.

Dengan Modenas dijangka melancarkan supermoped baru mereka pada tahun 2018, kemungkinan Modenas akan bersaing di kelas CP150 pada masa akan datang.

KONGSI ARTIKEL INI