Kalau Pergi Sarawak, Wajib Ke Tengok Buaya?

Pernahkah anda ke negeri Sarawak? Sarawak merupakan salah satu negeri yang besar serta kaya di Malaysia. Kekayaan negeri itu merangkumi biologi, sumber asli dan budaya.

Antara topik yang menarik tentang Sarawak adalah berkenaan sungainya yang banyak buaya. Pada masa kini, PERHILITAN telah memberitahu bahawa buaya-buaya di Sarawak teah membiak dengan pantas dan populasinya semakin besar.

Menyeramkan juga kalau duduk berdekatan dengan sungai mereka ini. Lagipun, kebanyakan aktiviti pelancongan yang seronok disini adalah menelusuri sungai-sungai mereka untuk ke kampung adat setempat.

Jumlah buaya di Sarak ini bukan sikit. Jumlah populasi buaya untuk satu panjang sungai boleh mencapai 126 ekor untuk 18 kilometer. Pendek kata, satu kilometer sungai boleh ada lebih dari 3 ekor buaya.

Disebabkan banyak sangat buaya di sekitar sungai, maka kes dibaham buaya juga meningkat dengan drastik. Menakutkan juga bila fikir-fikir nak bercuti di kampung adat mereka.

Pada zaman 1990-an dahulu, status buaya di Sarawak berada pada tahap terancam sehinggalah ordinan dibuat bagi meningkatkan semula jumlah buaya disana.

Namun, program tersebut telah terlebih berjaya sehingga menyebabkan jumlah buaya meningkat dengan drastik. Sehinggakan kerajaan tempatan memberikan lesen berburu buaya kepada pemburu dan menggalakkan aktiviti tersebut.

Antara tempat yang anda boleh fikir dua tiga kali untuk pergi ialah Sungai Barang Baram, Batang Sadong, Batang Samarahan, Sungai Seblak, Sungai Sebuyau, Batang Lupar, Sungai Bako, Sungai Lingga dan Batang Krian. 

Jumlah sungai yang mempunyai populasi buaya yang agak banyak hampir 45 batang sungai.

SFC pulah telah membuat satu kajian populasi buaya di Sarawak. Mereka mendapati sepanjang sungai 2,108.38 km yang dikaji, 2,236 buaya berjaya dikesan.

Di Sarawak, nama buaya yang terkenal adalah Buaya Tembaga dan Buaya Jelujong.

INFO BUAYA : https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/05/58186/45-sungai-di-sarawak-lubuk-buaya

Pada tahun 1980-an, masyarakat di Sarawak pernah gempar dengan kejadian seekor buaya ganas bergelar ‘Bujang Senang’ yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman, Sarawak, menyerang dan membaham beberapa mangsa.

  • Dikisahkan, dalam kalangan manusia yang menjadi mangsa Bujang Senang, tiada seorang pun daripada kaum Bidayuh kerana adanya perjanjian antara sang bedal dengan keturunan kaum Bidayuh.
  • Sekitar 1982 sehingga 1991, reptilia ganas itu membaham 13 penduduk kampung. Selepas membunuh mangsa yang ke-14, haiwan itu dibunuh pemburu berbangsa Iban dan anggota polis pada 22 Mei 1992.
  • Terdapat dua jenis buaya di Malaysia, iaitu buaya tembaga (Crocodylus Porosus) yang turut dikenali sebagai buaya katak, buaya muara dan buaya air masin dan buaya Jejulong atau Malayan gharial.
  • Bujang Senang adalah daripada spesies buaya tembaga.

Buaya tembaga:

  • Boleh menghasilkan 60-80 biji telur pada satu-satu masa.
  • Buaya di Sungai Sarawak kebanyakannya daripada spesies Crocodylus Porosus.
  • Buaya katak berukuran empat meter hingga enam meter panjang dan boleh mencecah sehingga tujuh meter, berjalur putih di belakang badannya dan dikatakan boleh hidup lebih 50 tahun serta bermaharajalela di Sungai Batang Lupar sejak 1941.
  • Buaya jantan dewasa berukuran lima meter panjang, namun terdapat buaya yang panjangnya melebihi enam hingga tujuh meter dengan berat antara 1,500 hingga 2,500 kilogram.
  • Buaya betina bersaiz lebih kecil berbanding buaya jantan dengan purata ukuran panjangnya antara dua meter dan tiga meter.

Buaya Jejulong:

  • Buaya Jejulong adalah reptilia air tawar dengan muncung panjang tirus dan menyerupai gharial, seperti nama Inggerisnya.
  • Buaya Jejulong betina biasanya matang apabila bersaiz antara 2-3 meter. Ia bertelur sekelompok 30-60 biji telur dalam timbunan daun kering atau tanah gambut.
  • Tidak seperti spesies buaya lain, buaya muda tidak menerima penjagaan ibu bapa dan terdedah kepada serangan pemangsa seperti babi liar, kucing besar seperti harimau dan harimau bintang, civet dan  anjing liar.
  • Anak buaya Jejulong menetas selepas 90 hari dan ditinggalkan untuk hidup bersendirian.
KONGSI ARTIKEL INI