Perniagaan adalah satu platform untuk menjadi seorang usahawan sama ada secara kecil-kecilan, part time atau berniaga sendiri.
Untuk menjadi seorang usahawan, individu tersebut hendaklah mempunyai ilmu asas agar kemahiran yang diceburi bertahan lama dan mampu melangkah lebih jauh. Membina tapak sendiri sememangnya sukar jika hanya ingin mencuba-cuba tanpa sebarang ‘target’ keuntungan.
Adat dalam berbisnes, anak muda pasti mahukan kestabilan kerja, semangat berkobar-kobar dan keinginan untuk mencuba benda baru.
Kalau dah ada persediaan yang lengkap, teruskan dengan memulakan langkah pertama. Tapi kena ingat, ramai juga yang tersilap langkah. Antara kesalahan-kesalahan yang ramai anak muda lakukan untuk memulakan bisnes adalah:
- FOKUS KEUNTUNGAN SEMATA-MATA
hmetro.com.my
Kalau untung je yang diharapkan tanpa ada perancangan yang baik, bimbang bisnes tersebut hanya akan merugikan modal yang telah banyak dikeluarkan. Sikap macam ni kena diketepikan seketika untuk fokus kepada mendapatkan hasil yang lebih baik mengikut kemampuan masing-masing dalam berbisnes.
2. TIADA PERANCANGAN PEMASARAN PRODUK
kibrispdr.org
Walaupun masih setahun jagung, para usahawan kena bijak ambil peluang menuntut ilmu asas dalam berbisnes. Menjual produk dalam kuantiti yang banyak tanpa ada sebarang projek pemasaran bisnes, risau kalau bisnes tu akan tumbang juga akhirnya. Melainkan sekiranya usahawan itu pandai menstabilkan semula perniagaannya itu sebelum jatuh.
3. MEMULAKAN BISNES SECARA BERSEORANGAN
jasterweb.com
Bagi usahawan yang mempunyai perancangan ingin membuka cawangan besar atau meletakkan target yang tinggi, keinginan tersebut akan sukar dicapai sekiranya dia melakukannya secara berseorangan. Banyak aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum memasarkan produk dengan serius.
Kalau semua hal nak buat sendiri, kekurangan tenaga kerja akan membuatkan rasa penat anda bertambah-tambah hingga akhirnya bisnes ditinggalkan.
Moga anda semua dapat membuat keputusan dengan bijak.
Selamat mencuba!


