Malaysia sangat unik dengan pelbagai mercu tanda yang menjadi kebanggaan seluruh rakyatnya. Artikel ini akan kongsikan fakta menarik tentang KLCC dan Menara Kuala Lumpur. Selain itu, antaranya adalah dua mercu tanda utama di Kuala Lumpur yang admin nak kongsikan pada anda.
- Menara Berkembar Petronas (KLCC)
Di tengah kepesatan bandaraya Kuala Lumpur yang sibuk memanjang, berdirinya satu bangunan berkembar masyhur yang dipanggil Menara Berkembar Petronas (Petronas Twin Tower). Disinilah adanya pejabat dan disini jugalah tempat orang berkumpul untuk membeli belah serta melepak.

KLCC (Kuala Lumpur Convention Center) merupakan bangunan ‘berkembar dua’ tertinggi di dunia dengan ketinggian 452 meter dan dihubungkan dengan jambatan di tengahnya. Petronas Twin Tower pernah menjadi bangunan tertinggi dunia selama 8 tahun, iaitu sejak 1996 hingga 2003.
Setiap satu bangunan itu mempunyai 88 tingkat lengkap dengan 32,000 tingkap, 10 buah tangga bergerak dan 29 buah lift terpantas dunia. Lift double decker yang terdapat di KLCC merupakan lift berkelajuan tinggi yang mana perjalanan dari bawah untuk sampai ke atas hanya mengambil masa 1 minit sahaja.

Inilah menara yang direka khas oleh Caesar Pelli, seorang Arkitek yang berasal dari Argentina. Hasil seni reka bentuk binaan yang diperbuat daripada konkrit, besi dan kaca ini merupakan ilham dari bentuk Geometri Islam.
- Menara Kuala Lumpur
Menara gah dengan ketinggian 421 meter ini merupakan menara yang direka khas untuk menahan kelajuan dan tekanan angin sehingga 144.5km per jam. Ia dibina menggunakan 45,000 meter padu konkrit kukuh dan 1,300 struktur keluli menjadikan berat keseluruhan menara konkrit ini sebanyak 100,000 tan.

Lift di Menara Kuala Lumpur juga merupakan lift jenis berkelajuan tinggi. Dalam tempoh kurang 1 minit iaitu 54 saat sahaja, pengunjung akan sampai ke bahagian atas menara untuk menikmati pemandangan Kuala Lumpur.
Namun, menara ini juga bukan sekadar menara untuk melihat pemandangan kota raya melalui Observation Deck. Tetapi juga menjadi tempat untuk pengunjung melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik. Antaranya adalah:

- Berjalan di SkyDeck dengan ketinggian 300 meter dari bawah sambil menghirup udara luar tanpa dinding penghalang.
- Bergambar di Sky Box iaitu kotak kaca yang boleh membuat orang seperti di awang-awangan.
- Tower Walk yang membolehkan pengunjung untuk berjalan secara open-air. Haa, siapa yang gayat mungkin tak mampu untuk bertahan lama.
- Melawat Blue Coral Aquarium bagi mereka yang suka dengan hidupan laut.
- Pengembaraan secara simulasi 6D di bahagian Teater XD.
Melawat mini zoo, bergambar di rumah terbalik, beriadah atau bersiar-siar di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur, dan banyak lagi. Ramai pelancong tertarik datang ke Malaysia kerana KLCC dan Menara Kuala Lumpur.
Hargailah mercu tanda negara dan berbanggalah untuk diceritakan kepada orang ‘luar negara’.