Anda pernah dengar lagu ni tak?? Takkan lah tak ingat, dari zaman atok, nenek dan mak ayah kita lagi dah. Also siap menjadi fenomena yang kesannya sampai sekarang tak bosan untuk kita dengar.
Ohh ya ada satu lagi. In addition , lagu dalam cerita yang membuatkan kakak dan ibu kita tak pernah lekang dari airmata. Tak kiralah 40 kali tengok pun, tapi masih berjaya menyentuh perasaan.
Mesti teringat balik kenangan masa dulu-dulu. Walaupun sekarang pun masih lagi banyak ditayangkan di TV. Cerita bollywood hit dengan lagu-lagu yang sangat evergreen.
Tapi siapa disebalik suara yang lembut dan pitch yang tinggi ini? Besides, beliau adalah mendiang Lata Mangeshkar. Beliau telah disahkan meninggal dunia pada 6 Februari 2022, semasa umur 92 tahun. Beliau disahkan meninggal kerana jangkitan Covid-19 di India.
Also korang tahu tak? Mendiang Lata Mangehskar adalah penyanyi daripada India dengan rekod rakaman lagu sebanyak 25 000 dan di playback sebanyak 1300 dalam movie hindustan. As a result, rekod ini menjadikan beliau adalah artis dengan recording dan menyanyi paling banyak di dunia. In fact, Lata Mangeshkar pernah merekodkan lagunya dalam bahasa Melayu dengan tajuk Sekuntum Mawar Merah.

Hebatnya beliau ini, peminat Lata Mangehskar sangat ramai di seluruh dunia sehinggakan atok, nenek dan mak ayah kita juga adalah salah seorang peminat beliau. Besides, Vibes Lata Mangeshkar di dalam lagu-lagu yang penuh makna tertanam dalam di hati kita.

Bagi menghormati serta mengenang jasa Lata Mangeshkar, Narendra Modi, PM India telah mengumumkan dua hari berkabung bagi seluruh India.
In fact, apa yang menjadikan Lata Mangehskar seorang yang hebat? Beliau seorang yang sangat kuat bekerja dan sangat suka apa yang dibuatnya. After all, Sejak dari umur 13 tahun lagi Lata Mangehskar sudah cuba bekerja keras bagi menyara hidup keluarganya kerana ayah beliau meninggal semasa beliau masih 13 tahun.

Disebabkan oleh rasa tanggungjawab kepada keluarga, serta minat kepada pekerjaannya, beliau mampu untuk terus menjadi orang yang hebat.
Beliau pernah berkata, “Saya sentiasa sukakan hidup saya. Saya tidak ambil kisah hidup turun dan naik sepanjang yang pernah berlaku”.

Jadi untuk korang, sebagai sumber kekuatan untuk meneruskan cita-cita anda, ingat quotes ini dan pesanan penulis. In addition, love yourself and love what you do and have faith.
Finally, selepas pemergian beliau, penulis teringat pepatah Melayu kata, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama, budi yang baik dikenang jua.


