Jom Buat Layang-Layang Dengan Mudah

Dulu masa kecil, mak tak bagi duit untuk beli layang-layang. Jadi, alternatif bagi anak-anak kampung macam kami ni adalah buat sendiri. Dengan pengalaman yang panjang serta pelbagai error yang dihadapi, akhirnya kami berjaya juga hasilkan layang-layang yang boleh terbang. 

Jadi, apa bahan-bahan yang diperlukan ? Tak banyak pun, sedikit saja. Malah, kalau anda search di youtube teknik membuat layang-layang, memang dah banyak diajar.

Ok, jom tengok cara buat.

BAHAN-BAHAN

  1. Pisau lipat
  2. Gunting
  3. Lidi
  4. Surat khabar bersaiz besar
  5. Plastik hitam
  6. Benang dan jarum
  7. Sellotape
  8. Tali tangsi/tali joran/benang nylon
  9. Duit (untuk beli benang, jangan kau rembat mak punya pulak)

CARA MEMBUAT LAYANG-LAYANG:

  1. Gunting kertas/plastik hitam mengikut bentuk seperti ini. Anda boleh memilih pelbagai saiz layang-layang. Jangan terlalu besar sebab nanti lidi tak cukup panjang buat tulang layang-layang. Kalau terlalu kecil pula mengurangkan chances untuk terbang.

2. Kemudian, ukur panjang lidi dengan kertas layang-layang tersebut. Anda kena meraut batang lidi tu untuk menjadikan lidi sama saiz, licin dan mudah dilentur. Raut lidi tersebut menggunakan pisau lipat. Boleh gunakan kertas pasir untuk menjadikan batang lidi lebih licin.

3. Bentukkan tulang tengah bagi layang-layang anda dan ikat tulang tengah menggunakan benang. Anda boleh buat short-cut dengan menggunakan pita pelekat.

4. Letakkan tulang layang-layang di atas kertas yang telah digunting dan tandakan kawasan yang akan di jahit.

5. Kemudian, jahitkan tali layang-layang ke badan layang-layang. 

6. Hubungkan tali yang dijahit ke badan layang-layang bersama-sama.

Wau bulan
Lebih kurang macam ini lah bentuk tali penghubung tengah tu

7. Adjust panjang tali layang-layang anda mengikut kemampuan. Kalau panjang sangat, risau terbang tinggi.

JANGAN LUPA!!!. Sellotape kan bahagian bucu layang-layang anda dengan kemas agar tulang layang-layang tidak bergerak-gerak semasa di angkasa.

Dan itulah cara-cara membuat layang-layang. Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas, click pautan video youtube tersebut.

KONGSI ARTIKEL INI