Bila kita ingat semula kenangan zaman sekolah, mesti rasa macam ‘betul ke aku buat semua ni?’
Ini persoalan yang biasanya bermain dalam kepala kita. Kemudian rasa nak tergelak pula sebab tak tahu dari mana datangnya rasa yakin dengan fesyen yang entah apa-apa. Rasa macam habis hensem dah masa tu.
Sekolah ni umpama tempat nak test market diri. Agak-agak dengan fesyen macam ni, awek or lelaki boleh tertarik tak. Haaaa itu antara objektif utama banyak gaya dibuat di sekolah.
Kebanyakan fesyen ini terjadi disebabkan oleh pengaruh artis-artis.
1. Rambut
Ada beberapa jenis gaya rambut yang kaum lelaki suka pada era ini. Yang pasti, rambut mestilah wax, gel atau minyakkan. Masa ni pomade version agak mahal, so kira-kira bajet sikit lah.
Pilihan rambut yang tersenarai adalah belah tengah, sikat tepi, pacak tengah, berjambut, rambut ala emo ‘gothic’, sikat tepi dengan gaya pacak belakang, botak (mata mesin no 2).
Selalunya pemilihan gaya rambut ini agak susah sebab mengikut jenis rambut orang. Tetapi kawan admin masa sekolah dahulu rambut memang kerinting habis. Boleh pula dia iron kan rambut tu jadi lurus sebab nak ikut style member.
Tapi ada rambut sedikit ekstrem, antaranya yang bertakuk (line).
2. Pakaian
Pakaian ni admin kurang tahu menahu sedikit sebab rasanya bagi lelaki, kami banyak pakai jeans dan seluar track. Tetapi seluar jeans tu ada banyak gaya. Antaranya boot cut, skinny dan straight cut. Seluar ni kalau pakai dekat sekolah, cikgu akan tetas benang tu.
Tali pinggang memang bukan versi biasa punya, mesti versi kain, kepala besi dengan pelbagai corak. Yang paling gengster, siap guna yang ada buku lima.
Kalau baju bagi perempuan mungkin tak banyak hal. Tetapi versi tudung itu akan menjelaskan segala kecomelan mereka.
Yang ke 9 tu mungkin selepas kena histeria. hehe
3. Kasut
Kasut pilihan admin adalah Pallas (biasanya guna untuk sepak takraw). Selalunya macam inilah versi pilihan lelaki, ada juga yang pakai Converse boot. Cara ikatannya pun memang bijaksana.
Mungkin ada banyak lagi nostalgia pada zaman sekolah yang admin tidak senaraikan. Apa pun kenangan manis itu, mungkin yang manis itulah yang tiada pada generasi sekarang.
Kenangan hanyalah tinggal kenangan.


