Ohhh.. Ini Senarai 5 Artis Jutawan Yang Ramai Tak Tahu

  1. Achey

Sejak bergelar anak seni pada 2013, beliau mendapat banyak tawaran sebagai pelakon, bidang pengacaraan termasuk beberapa duta produk. Dengan pencapaian yang ada, beliau sudah layak untuk bergelar seorang jutawan. Mohd Nasir Hamzah atau lebih dikenali sebagai Achey turut mengimpikan untuk membuka perniagaan sendiri pada masa akan datang. Bakat dan kelebihan tertentu yang ada pada beliau juga menjadi asbab kejayaan beliau pada masa kini.

2. Neelofa

Sudah banyak perniagaan yang diceburi oleh seorang artis kelahiran Kelantan ini, lebih-lebih lagi perniagaan yang menjadi kegemaran wanita untuk menggayakan tudung Naelofar Hijab. Bertambah ramai pengikut artis ini selepas penghijrahan beliau pada 2014 sebagai muslimah bertudung.

3. Hairi Safwan

Mungkin ramai yang tidak mengenali beliau sebagai seorang pelakon namun untuk pengetahuan korang, beliau sudah hampir 6 tahun menyertai sebuah syarikat pengeluar produk kesihatan iaitu TKO Nutrition Sdn Bhd (TKO Nutrition). Beliau sendiri tidak menafikan status sudah bergelar jutawan kini.

4. Bront Palarae

Nama sebenar beliau ialah Nasrul Suhaimin Saifuddin. Pelakon ini juga merupakan penerbit, pengarah, penulis lakonlayar dan pengacara televisyen Malaysia. Bront Palarae melanjutkan kariernya sebagai anak seni sehingga ke peringkat antarabangsa dan memperoleh pelbagai pencapaian dan anugerah.

5. Datuk Seri Siti Nurhaliza

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi wanita negara ini yang sentiasa mengharumkan nama Malaysia sehingga terkenal ke seluruh Asia. Beliau telah memulakan kariernya seawal usia 16 tahun. Kini dianggarkan aset bersih beliau bernilai sebanyak RM50 juta. Kejayaan beliau mencetuskan fenomena besar dalam bidang industri dan hiburan.

KONGSI ARTIKEL INI