Setiap hujung tahun, biasanya ada beberapa negeri akan terjejas disebabkan banjir yang berlaku. Bezanya sama ada teruk atau tidak dinaiki air.
Begini lah lumrah penduduk pantai Timur, kena bersedia dengan bekalan makanan yang mencukupi dan standby untuk berpindah ke pusat pemindahan.

Kalau anda nak tahu, ada 3 peristiwa banjir besar yang pernah berlaku pada tahun 90an. Peristiwa ini menyebabkan kemusnahan harta benda dan banyak kerugian yang perlu ditanggung.
Pertama pada tahun 1926 yang mana dikenali sebagai ‘Bah Besar’ atau ‘Bah Merah’. Bah ini disebabkan kejadian tanah runtuh di hulu sungai dan ianya dirasai hampir seluruh penduduk Semenanjung Malaysia. Uish seram tak seram. Ketika itu, hujan lebat memang tak berhenti turun sehingga menyebabkan banyak rumah tenggelam dan tinggal bumbung sahaja.

Kedua pada tahun 1967. Banjir pada tahun ini dikatakan hampir sama teruk dengan banjir pada tahun 1926. Yang pastinya, Kelantan dan Terengganu antara negeri yang paling terjejas. Jadi wajarlah untuk anda bersiap sedia bagi negeri yang sudah dikeluarkan amaran awal banjir pada tahun ini.

Dan ketiga pada tahun 1971. Bayangkan kira-kira RM35 juta kerugian negara kita perlu ditanggung pada masa itu. Disebabkan bencana yang berlaku, kerajaan telah mengisytiharkan Darurat Banjir Kebangsaan pada 5 Januari 1971.

3 peristiwa ini menjadi iktibar dan sejarah buat seluruh warga Malaysia bahawa bencana alam pernah berlaku di tanah air kita. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk negara kita dan selamat daripada sebarang bencana.


