Telefon Bimbit Akan Mati Lagi Tiga Tahun?

Pernah dengar tak orang kata, “Dalam masa tiga tahun lagi, telefon bimbit akan pupus”? Ya lah, dengan dunia teknologi yang berubah begitu pantas sekarang ni, ramai orang tertanya adakah benar telefon akan ‘mati’?

Jawapan ringkasnya, tidak. Tapi jom kita bongkar apa maksud sebenar di sebalik kenyataan tu.

  1. Telefon Tak Pupus, Tapi Berevolusi

    Sebenarnya, yang akan ‘mati’ mungkin bukan fungsinya, tapi bentuk telefon seperti yang kita kenal sekarang. Teknologi sedang bergerak ke arah yang lebih ringkas, kecil dan pintar menjadikan fungsi-fungsi telefon kini boleh diakses melalui pelbagai peranti lain.

    Contohnya macam cermin mata pintar (smart glasses) – boleh paparkan notifikasi, mesej dan arah jalan secara terus di depan mata. Jam tangan pintar (smartwatch) – boleh buat panggilan, balas mesej dan buka GPS tanpa telefon. Cincin pintar (smart ring) – boleh trace kesihatan kita.

  2. Ai & Kawalan Suara Menggantikan Sentuhan

    Dengan kehadiran kecerdasan buatan (Ai) seperti ChatGPT, Siri dan Google Assistant, kita kini boleh buat pelbagai tugas hanya dengan suara. Tak mustahil, satu hari nanti kita tak perlu pun pegang skrin, cukup dengan cakap saja:

    “Hey Siri, call ibu.”
    “ChatGPT, tulis mesej kepada bos.”
    “Google, buka kamera.”

Dalam dunia ini, apa saja boleh jadi ‘telefon’, asalkan boleh sambung internet dan beri maklumat kepada kita. So, telefon masih penting lah kiranya ya? Yup, walaupun teknologi berkembang, telefon pintar masih ada kelebihan seperti:

  • Skrin besar sesuai untuk tengok video, buat kerja, dan guna media sosial.
  • Banyak aplikasi masih dibina khas untuk telefon.
  • Telefon jadi pusat kawalan utama untuk peranti lain.

Kesimpulannya, telefon pintar tidaklah akan pupus sepenuhnya tapi akan berubah bentuk dan cara penggunaan. Mungkin dalam masa 5–10 tahun akan datang, kita tidak lagi pegang telefon macam sekarang tapi tetap ada satu alat yang membolehkan kita boleh berhubung, bekerja dan bersosial.

KONGSI ARTIKEL INI