Langkawi adalah sebuah permata bagi negeri Kedah. Terletak di bahagian Pantai Barat malaysia dengan memiliki sebanyak 99 buah pulau.
Langkawi telah lama menjadi tarikan pelancong di serata dunia. Terkenal dengan mitos dan keindahannya.
Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau ini diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi pelancongan yang paling popular di Malaysia.

Melalui portal langkawi.info anda boleh mendapat maklumat 10 tempat yang menarik untuk merancang trip anda. Selain tempat semula jadi yang menarik, Langkawi juga mempunyai pusat membeli belah yang menarik.
Pusat beli belah tersebut bukanlah sehebat Mid Valley, Kuala Lumpur tetatpi kerana barangan yang dijual dan status pulau bebas cukai.
- Langkawi Parade (TSH)
- Langkawi Fair (Billion)
- The ZON Duty Free
- Pasaraya Langkawi Saga
- Pasaraya Zeno
- Cenang Mall
- Jetty Point @ HIG
- Kompleks HIG Mall
- Idaman Suri Mall
- Pasaraya Coco Valley
Dari jeti Kuah, terdapat kemudahan feri berkelajuan tinggi yang menghubungkan Satun di selatan Thailand, Pulau Payar, Pulau Pinang, Kuala Kedah, dan Kuala Perlis di tanah besar Semenanjung Malaysia. Kapal Star Cruises berlabuh di pelabuhan Awana Porto Malai di sebelah barat pulau ini.
Langkawi mempunyai lapangan terbang antarabangsa yang agak besar, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Berikut adalah penerbangan-penerbangan ke Langkawi.
Langkawi Sky Bridges yang confirm buat anda gayat.
Langkawi Kereta Kabel yang menjadi kewajipan setiap pengunjung
Pemandangan Gunung Raya
Rujukan
- http://www.langkawi-info.com/
- http://www.langkawi-info.com/attractions/10-things-to-see/