Tragedi Hidup: Ibu 15 Tahun Bunuh Anak

Nasib bayi kecil, hidup tak sempat merasa kasih sayang ibu. Bayi yang tak berdosa itu ditikam dengan objek tajam di bahagian dada oleh ibu kandungnya sendiri selepas dilahirkan. 

Sumber berita :

https://www.hmetro.com.my/utama/2022/02/810462/remaja-didakwa-bunuh-anak-baru-lahir

Ibu muda berumur 15 tahun membunuh anaknya sendiri. Ya, itulah berita yang menggemparkan Malaysia pada bulan Februari, 2022. Remaja belasan tahun itu telah dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. Namun pun begitu, kes ini masih dalam siasatan polis. 

Sumber: BH Online

Ujian terbesar bagi dia adalah disaat belum berkahwin tapi terpaksa melahirkan anak di rumahnya sendiri akibat dirogol. Akhirnya, beliau terpaksa melahirkan anak luar nikah tanpa insan bernama suami dan keluarga.

Sedih bila dengar berita macam ni. Secara logik akalnya, ibu mana yang tak sayang anak. Iya, membunuh anak sendiri tetap salah. Tapi tekanan yang diterima olehnya juga tak dapat kita nafikan, sangat berat untuk ditanggung oleh remaja umur belasan tahun seperti beliau.

Dirogol bukan benda kecil yang boleh diambil ringan. Orang yang tak kuat boleh mengalami tekanan jiwa dan sakit mental sekiranya tidak dibantu dan dirawat dengan betul. Mereka perlukan sokongan dan motivasi daripada orang terdekat untuk menerima hakikat yang telah berlaku.

Trauma yang dahsyat ini bukan mudah untuk diubati, tambahan apabila melibatkan jiwa seorang wanita. Emosi dan wanita itu sebati dan terlalu rapuh untuk diuruskan. Sekiranya tidak dididik dan dirawat dengan baik, akhirnya boleh memakan diri dan menyakiti yang lain.

Gangguan mental ini jangan diambil mudah. Perhatikan orang sekeliling kita. Bantu mereka kalau ada yang perlukan bantuan. Minta bantuan kalau kita sendiri yang perlukan bantuan. Jangan diam saja.

Menyalahkan semata-mata tidak menyelesaikan masalah. Tetapi lakukan sesuatu untuk bantu apa yang termampu.

KONGSI ARTIKEL INI