Nak tahu tak?
Kedah berjaya tarik pelaburan sebanyak RM68.3 billion sepanjang 2021. Suku pertama tahun saja, pelaburan Kedah mencatat nilai sebanyak RM43 billion mengatasi Selangor dengan jumlah RM8.6 billion. Ini adalah satu rekod baru yang pernah dicatat oleh Kerajaan Negeri.

Admin kongsikan 3 kesan pelaburan ini kepada rakyat negeri Kedah:
- Peluang pekerjaan akan bertambah. Bila pelabur banyak masuk, aktiviti negeri akan semakin rancak dan ini perlu kepada tenaga kerja yang banyak. MB Kedah ada menyebut, antara kesan segera yang dinikmati rakyat Kedah ialah AT&S merekrut sebanyak 200 pekerja tempatan selain daripada 5,000 pekerja di tapak kilang yang dibangunkan. Dalam tempoh beberapa tahun beroperasi, nilai pelaburan dijangka meningkat dan perlu kepada kemahiran 5,000 anak tempatan.

- Teknologi pertanian dan daya saing negara akan bertambah baik. Sebanyak 20 sehingga 25 peratus pendapatan negara Malaysia datangnya daripada sumber pelaburan. Pada masa kini, ekonomi Kedah sangat bergantung kepada sektor pertanian dan pelancongan. Apabila duit banyak masuk, pastinya teknologi pertanian akan ditambah baik dan menyumbang kepada peningkatan daya saing negara.

- Taraf hidup rakyat akan meningkat. Dengan kadar pelaburan yang tinggi, Kedah akan mampu untuk berikan kualiti yang negeri dan rakyat perlukan. Rakyat Kedah dah tak perlu susah-susah cari kerja kat negeri lain.

Semoga semua rakyat Kedah dapat menikmati manfaat yang akan diterima kelak.
Terbaik lah Negeri Kedah!


