Rafizi Ramli Akan Bertanding Timbalan Presiden PKR?

Setelah lama menghilang dari dunia politik, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli mengumumkan akan bertanding sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan PKR 2022.

Untuk pengetahuan pembaca, beliau antara orang yang bertanggungjawab membongkar segala skandal, rasuah, isu 1MDB yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak, Datin Rosmah, UMNO, BN dan geng-geng politik yang lain. Rafizi Ramli merupakan salah seorang anak muda yang berani membongkar penyelewengan ahli politik di Malaysia.

Bagi anda yang tidak mengenali siapakah Rafizi Ramli, jom baca sejarah pendidikan beliau di bawah:

Mohd. Rafizi Ramli merupakan lulusan Morrison’s Academy, Scotland (1995-1996) dan Orkestra Morrison’s Academy Leeds University (1996-1999). Beliau menerima Anugerah Arthur 1997 yang mana merupakan pelajar terbaik tahun pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik. Selain itu, beliau mendapat Ijazah Kelas Pertama pada tahun pertama dan kedua.

Tidak cukup dengan kejayaan tersebut, beliau lulus dengan cemerlang ketika latihan firma di Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dan diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada tahun 2003. Rafizi Ramli pernah menjadi pengurus bagi beberapa projek di bawah Petronas dan merupakan antara pengurus termuda ketika dilantik. 

Selepas pada PRU-14, beliau menghilang dari dunia politik sehinggalah beliau membuat ‘comeback’ untuk bertanding dalam pemilihan PKR 2022. 

PKR Vice President Rafizi Ramli delivers his winding speech after the 13th party National Congress at IDCC in Shah Alam. AZHAR MAHFOF/The Star(18/11/2018)

Apa pendapat korang tentang Rafizi Ramli?

Bagi komen kat bawah.

KONGSI ARTIKEL INI