Tahukah anda?
Dr Burhanuddin al-Helmy tidak di highlight kan di dalam buku sejarah disebabkan pendekatan beliau yang digambarkan sebagai seorang yang berhaluan kiri. Senang cerita, haluan kiri ini adalah kaedah konfrontasi dengan penjajah (non-cooperation), manakala haluan kanan pula adalah kaedah diplomasi dengan penjajah (co-operation).
Persoalannya, adakah pendekatan yang dibawa oleh beliau berhaluan kiri sahaja?

Dr Burhanuddin memainkan peranan besar dalam mengumpulkan ulama dari seluruh Tanah Melayu dan Sumatera. Semasa pentadbiran Jepun, Dr Burhanuddin menjayakan Persidangan Ulama Malai-Sumatera di Singapura pada tahun 1943 yang dianjurkan melalui Senden-Bu (Jabatan Propaganda Jepun). Pada waktu ni, UMNO pun tiada lagi.
Pada tahun 1945, Dr Burhanuddin al-Helmy dan delegasinya membuat pertemuan dengan Soekarno dan Muhammad Hatta. Matlamat akhirnya adalah pengisytiharan kemerdekaan secara serentak di Tanah Melayu dan Indonesia pada tarikh 17 Ogos 1945.

Pihak Jepun sudah bersetuju dan pada ketika itu, Dr Burhanuddin menjadi Penasihat Adat Istiadat dan Kebudayaan Melayu di Markas Tentera Jepun. Nak dipendekkan cerita, pada 15 Ogos 1945, Jepun diserang di Hiroshima dan Nagasaki menyebabkan mereka menyerah kalah dan berundur.

Akhirnya,Indonesia mengisytiharkan kemerdekaan manakala kemerdekaan tanah melayu pada waktu itu ditangguhkan.


