Apa perasaan anda bila mengimbau kembali nostalgia bersama kawan-kawan pada zaman sekolah? Mungkin ada yang akan gelak besar bila teringat semula pelbagai ragam yang pelik-pelik.
Ada juga mungkin akan rasa rindu dan berharap dapat kembali semula pada masa itu. Tak kurang juga ada yang mungkin menangis, mungkin ada kawan-kawan yang telah pergi selamanya.
Kalau cerita balik dekat budak-budak milenia ni, mungkin ada yang tak tahu langsung.
Seronoknya masa tu, semua fokus untuk permainan dan kawan-kawan. Tak ada yang menunduk pandang skrin telefon saja.
Ini antara 7 permainan nostalgia budak-budak 90-an dan cara kami bermain. Ini game lelaki perempuan boleh main sekali. Tak ada gender ‘discrimination ya.
- Guli
Ini game yang memerlukan modal awal seringgit (tak ingat harga). Jadi, sesiapa yang mempunyai bajet besar, boleh lah beli yang warna rare macam metalic dan guli besar.
Bagi budak yang bajet ciput, dia akan beli dengan dua tiga sen dari kawan, kemudian ‘role’ untuk dapat lagi banyak guli. Tetapi cara ini perlukan skil yang hebat sejak lahir.
Cara bermain yang admin pernah cuba adalah seperti dibawah.
- Set berapa guli seorang (contoh 5 guli X 6 orang)
- Buat bulatan dan pilih jarak untuk balingan pertama (contoh 10 langkah dari bulatan).
- Giliran mula baling ikut tuan tanah selalunya (anak tuan rumah). Samada kira kaki atau tunjuk-tunjuk macam tu aja.
- Semasa permainan, guli pemain tak boleh masuk dan kekal dalam bulatan. Jika masuk, guli tersebut akan di tuju oleh pemain lawan dan pemain akan ‘disqualified’.
- Siapa dapat guli paling banyak adalah pemenang.
- Gasing
Permainan ini agak berbeza sedikit daripada guli. Modal beli gasing agak mahal sikit, lebih kurang 3 ringgit.
Cara nak bermain mudah sahaja, caranya adalah buat bulatan atas tanah/lantai. Kemudian masing-masing lemparkan gasing ke dalam bulatan.
- Siapa berpusing lama akan menang.
- Ada juga yang menikam ke atas gasing orang lain mengikut syarat permainan.
- Tuju selipar
Tuju selipar adalah permainan terbaik sepanjang zaman. Semua lelaki dan perempuan boleh main.
Kalau sesiapa yang pakai selipar jepun, memang selipar dia akan digunakan untuk tuju. Kalau kena dekat badan tu, boleh demam ooo.
Nak main senang saja,
- Buat dua team. Satu team akan jadi penyerang, satu lagi akan menjadi mangsa.
- Setiap orang akan berpecah ke tempat masing-masing.
- Selipar disusun dan perlu dijatuhkan. Jarak untuk menuju ditentukan secara bersama.
- Untuk permainan tamat, selipar yang jatuh perlu disusun semula oleh kumpulan mangsa.
- Kejar-kejar
Nama permainan ini mengikut kawasan atau negeri masing-masing. Di Kedah ada yang panggil ‘aci ligan’ dan Terengganu ‘tak kejo’ dan Kelantan ‘berambat’.
Selalunya, seorang peserta akan menjadi pemangsa. Mereka akan membilang sampai 10 dan kemudian mengejar orang lain. Sesiapa yang disentuh akan dianggap ‘mati’ dan kena tunggu di penjara. Ada juga versi guna ‘chop’. Tetapi ada tempoh masa sehingga dia dikejar semula.
Versi lain permainan kejar kejar ini adalah ‘aci sembunyi’ dan polis and thief.
- Tudung botol
Permainan tudung botol ini adalah revolusi batu seremban. Ini adalah game paling mudah di main dan bebas bermain di mana-mana. Tempat main paling best adalah di sekolah.
Wajib setiap kelas akan ada yang bawa tudung tin masing-masing. Dan setiap kelas juga akan ada tangan ajaib yang setiap kali jentik ‘lengkung’ mesti tak pernah miss.
Nak main game ini senang sahaja, cari 5 tudung tin. Selepas tudung tin diputar, pihak lawan akan mengambil salah satu tudung supaya terdapat kesusahan semasa menjentik.
- Getah skipping
Permainan ini lebih kepada anak-anak gadis. Permainan ini memerlukan stamina yang agak kuat juga.
Tenaga akan banyak digunakan pada bahagian kaki sebab budak-budak akan melompat kiri kanan.
Setiap ketinggian akan berubah-rubah jika berjaya cross tali skipping tersebut.
Tali skipping dibuat sendiri dengan mengikat getah. Jumlah yang digunakan boleh mencecah seratus getah.
- Kad tepuk
Permainan ini agak moden bagi budak-budak 90-an. Ada yang kata kad tepuk ini agenda menggalakkan budak-budak ke arena perjudian.
Sekeping 20 sen sahaja. Kad yang digunakan semasa permainan selalunya adalah 100 keping (expert) dan 50 keping (amatur).
Pemain digelar ‘power’ jika mampu terbalikkan kad semua dengan sekali tepuk dan tanpa mengepak kan kad tersebut.
Banyak permainan yang diatas susah untuk diterangkan secara terperinci cara mainnya. Anda tanya lah abang, atok, pak cik masing-masing. hehe


