Korang mesti suka tengok movie kan?
Lagi best kalau dapat tengok dengan kawan-kawan atau orang tersayang!
Movie cinta? Hmm….
Kalau movie sekadar cintan-cintun je 24 jam, admin pun tak berminat. Lama-kelamaan penonton pun akan bosan dengan genre yang sama je selalu. Haaa, ni ada 3 movie best yang admin sarankan untuk tonton. Banyak pengajaran yang kalian boleh petik.
- Raatchasi
azman.men
Filem tamil terbaik ini mula ditayangkan pada tahun 2019 di beberapa panggung wayang Malaysia. Raatchasi mengisahkan tentang watak Geetha Rani yang terlibat dengan ketenteraan dan dikurniakan pangkat yang tinggi. Namun beliau sanggup melupakan semuanya demi menaikkan semula martabat sekolah di sebuah kampung pedalaman Tamil Nadu. Beliau diberi lantikan sebagai guru besar di sekolah tersebut.
2. Hichki
imdb.com
Hichki mengisahkan tentang seorang calon guru yang menghidap sindrom Tourette sejak kecil. Sebelumnya, beliau memohon jawatan guru di beberapa buah sekolah dan telah ditolak berkali-kali akibat sindrom itu. Sindrom itu menyebabkan dirinya membuat gerakan dan bunyi suara berulang kali tanpa dapat dikawal.
3. Miracle In Cell No. 7
sinopsifilm.home.blog
Filem sedih ini mendapat tempat di hati penonton kerana jalan ceritanya penuh dengan emosi dan saat yang mendebarkan. Filem ini menceritakan tentang seorang ayah bernama Lee Yong Goo yang mengalami cacat mental dan beliau mempunyai seorang anak kecil bernama Ye Sung. Suatu hari, Lee Yong Goo terperangkap atas tuduhan melakukan kekerasan seksual, penculikan dan pembunuhan ke atas seorang budak perempuan. Bayangkan seorang bapa cacat mental yang sangat baik dituduh melakukan jenayah, lalu terpaksa menanggung hukuman dek kerana tidak mampu untuk membela dirinya sendiri.
Selamat menonton! Mohon sediakan tisu sia-siap ya.


