Bila tiba Tahun Baru Cina, bukan main meriah satu Malaysia. Merah di setiap pintu kedai dan rumah bersama tanglung-nya. Kemudian bila masuk saja hari pertama Tahun Baru Cina, mercun mula berdentum dentam serata ceruk kawasan.

Tapi, ada satu perkara yang saja penulis nak highlight (semasa zaman sekolah dulu) bila tiba Hari Raya kaum Cina ini, iaitu perkataan Gong Xi Fa Cai.
Perkataan Gong Xi Fa Cai semasa penulis dan kawan-kawan dulu ingat (rasanya semua non-chinese) membawa maksud Selamat Tahun Baru Cina. Rupa-rupanya bukan-lah.
“Gong Xi Fa Cai” membawa maksud “tahniah moga mendapatkan lebih kekayaan”. Dan ucapan ini asalnya disebut antara orang-orang yang kaya dan buat bisnes. Perkataan ini telah mula digunakan sejak zaman Dinasti Qin lagi (221 BC).

Semangat dari ucapan Gong Xi Fa Cai sebenarnya adalah lebih ke arah elemen kekayaan berbanding kegembiraan atau kekeluargaan. Sebab itulah terdapat sambungan kepada ucapan Gong Xi Fa Cai, iaitu Xin Nian Kuai Le. Yang itu baru maksud Selamat Tahun Baru.
Bila kita menyebut ayat itu ianya seperti mendoakan semoga kita berbahagia dan mendapat kekayaan pada tahun baru ini.

Bagaimana nak membalas semula apabila disapa Gong Xi Fa Cai? Perkataan yang disarankan adalah Hong Bao Na Lai (Nak Angpau). Jadi apabila seseorang mengucapkan ‘semoga awak bahagia dan mendapat kekayaan’, kita membalas dengan mengharapkan bermula untuk kaya daripada angpau yang diberikan.
Rujukan :
https://service.goodcharacters.com/daily/20161227-mandarin-chinese-new-year-greetings.html


