Belajar Kira Kalendar Guna Buku Lima

Ada member tanya penulis haritu, Januari 30 ke 31 eh? Rumah bila tak dak kalendar memang macam ni lah perangainya. Ada phone malas buka. Complete set malas.

So, hari ni saya share sikit macam mana orang tua-tua dulu ingat jumlah hari dalam satu bulan.

Satu, genggam penumbuk korang bulat-bulat. Tak perlu kuat-kuat. Bukan kita nak tumbuk sesiapa pun..

Kedua, Setiap bonggol tulang metacarpal ni akan mewakili bulan-bulan yang ada setahun.

Ketiga, kira bonggol pertama ni dengan Januari, sebagai 31, kemudian Feb 30. 

Ha?? Bila masa pulak Feb ada 30? 

Kemudian kira dari bulan Mac sehingga Julai. 

Sebenarnya, bonggol tinggi adalah 31 dan lekuk rendah sebagai 30.

Keempat, bila dah nak masuk bulan Ogos. Yeahh bulan merdeka. Kita akan ulang semula pada bonggol yang pertama dan baca sampai Disember.

Yeahhh mudahkan, nanti jangan lupa ajar keturunan kita teknik baca kalendar macam ni ya.

KONGSI ARTIKEL INI