Ingatkan sama! Rupanya TIDAK.
Korang tahu tak sebenarnya spesies musang dan serigala adalah berasal daripada susur galur keluarga sama dengan anjing.
Tapi, musang dan serigala hukumnya sama ke haram seperti anjing? Mari kita fahami struktur salasilah (filogeni) keluarga Canidae.
Canidae (kenidi) adalah merujuk kepada spesies yang fizikalnya adalah seperti anjing (like-dog). Tetapi Canidae merujuk kepada satu keluarga yang di dalamnya terdiri daripada tiga sub family iaitu Borophaginae and Hesperocyoninae, dan Caninae. Kiranya, Canidae ini merujuk kepada keluarga besar anjing tetapi bukan anjing.

Saya bagi anda analogi mudah. Anda berasal daripada keluarga Jawa dan mempunyai ciri-ciri jawa. Namun, salasilah anda sebenarnya berasal dari moyang yang sama iaitu nabi Adam. Cucu cicit Adam pula ada yang Negro, Melayu, Euro-asia dan sebagainya. Anda semua telah di klasifikasikan sebagai manusia tetapi anda semua bukan Jawa.
Anjing, serigala, rubah dan coyote adalah spesies yang berasal daripada sub-keluarga Canidae. Namun, bagi tafsiran dalam anjing (dog) telah dikhususkan kepada anjing domestik atau anjing liar dengan ciri-ciri tertentu. Namun, dalam istilah sains, spesies anjing akan didefinisikan dengan menjadi lebih luas lagi.

Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Mammalia
Order: Carnivora
Suborder: Caniformia
Family: Canidae
Genus: Canis
Spesies: Canis sp. (contoh : Canis lupus familiaris, Canis rufus, Canis simensis)

Dalam Islam, fatwa adalah jelas. Sentuh anjing tanpa sebab yang dibenarkan syarak adalah haram. Namun jika terpegang, terkena cecair dari badannya atau memegang atas sebab darurat (cth: merawat) juga mesti disertu dengan kaedah cucian najis mughollazoh. (Ada juga yang mengatakan terpegang dalam keadaan kering juga mesti sertu).
Namun, bagaimana pula dengan musang dan serigala? Bukankah mereka daripada keluarga Canidae juga?
- Dalil yang dipersetujui haram adalah bagi kalangan anjing, sub spesies Canis lupus familiaris. Ciri-ciri anjing ini pula adalah yang jenis menyalak (auk auk/wof wof) dan seangkatan dengannya (kacukan).
- Rubah dan serigala mempunyai rupa seperti keluarga anjing atau canidae tapi bukanlah kacukan dan keturunan daripada anjing.
- Kaedah pembezaan ini tidak semata-mata berteraskan kepada sistematik biologi, tapi mengambil kira pandangan dalam agama Islam.

Apa-apa yang melibatkan anjing, ia adalah najis mughallazoh. Nak bersih, kena sertu. 7 kali basuhan, dan basuhan pertama itu disertakan dengan tanah.
Najis atau bangkai dari rubah dan serigala pula tergolong dalam najis mutawassithah (najis sederhana), nak bersihkan, boleh guna air mutlak sahaja.

Sekali lagi, anda mesti ingat bahawa anjing, musang dan serigala asalnya daripada keluarg Canidae yang sama, tapi hukum setiap dari mereka adalah berbeza mengikut syarak.
Rujukan


