Bob Lokman Dalam Kenangan

Korang mesti pernah dengar lagu ni kan,,

Dia Isabella, lambang cinta yang lara,

Terpisah kerana adat yang berbeza,

Cinta gugur bersama daun-daun kekeringan.

Pencipta lagu epik Malaysia bagi lagu Isabella dan Taman Rashidah Utama ialah almarhum Bob Lokman yang telah direzekikan untuk meninggal pada hari Jumaat yang mulia.

Bagi anak-anak yang lahir pada tahun 90an, mesti kenal yang Bob Lokman ini antara seorang otai dalam dunia seni. Penghijrahan beliau bermula selepas kematian mengejut seorang kawan beliau dalam dunia industri. Bermula dari situ, beliau memilih untuk berubah menjadi seorang yang semakin mendekati Penciptanya. Bahkan beliau juga aktif dalam dunia dakwah yang akhirnya menginspirasikan ramai anak seni di tanah air kita.

Beliau pernah cerita tentang kekayaan yang dia dapat iaitu gaji sebanyak RM30K – RM50K sebulan. Hakikatnya, semua kekayaan yang dimiliki itu tak mendatangkan ketenangan pun kepada beliau. Akhirnya dengan memilih hidup dunia bermatlamatkan akhirat, beliau lebih bahagia dan menjadi orang yang sangat redha walaupun diuji dengan sakit sehinggalah akhir hayat beliau. Bob Lokman Dalam Kenangan.

Walaupun bergelar seorang seniman, beliau tidak meninggalkan dunia dakwah. Dan siapa sangka, penulis lirik lagu Isabella yang popular ini rupa-rupanya cicit kepada seorang Ulama’ terkenal di Kelantan iaitu Tok Kenali. 

Bob Lokman Dalam Kenangan. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.

KONGSI ARTIKEL INI