Anda ada rancangan untuk mulakan perniagaan?
Macam mana nak buat bisnes dengan senang?
Sebelum memulakan perniagaan mestilah tahu ilmu asas berniaga atau sebaliknya hanya akan merugikan anda. Ada 3 buku rancangan perniagaan yang anda boleh rujuk dan baca.
- Rancangan Perniagaan Untuk Usahawan

Penulis buku ini ialah Mohd Nor Hakimin Bin Yusoff dan Fakhrul Anwar Zainol. Buku ini ditulis bukan sahaja berdasarkan pengalaman oleh dua orang pakar, tetapi dilengkapi dengan contoh-contoh bagaimana untuk membina setiap komponen rancangan perniagaan secara berkesan.
2. Rancangan Perniagaan

Buku yang ditulis oleh Syarifah Akmam Syed Zakaria ini menerangkan tentang asas perniagaan yang perlu diketahui oleh semua usahawan sebelum memulakan bisnes.
3. Bijak Merancang Wang

Penulis Afyan Mat Rawi ini merupakan seorang perunding bertauliah IFP dan antara yang terkenal dikalangan mereka yang mempunyai bisnes serta ingin merancang wang dengan efektif. Buku ini sesuai untuk mereka yang ingin menabung dari awal dan mengurus kewangan dengan baik.


