Kerajaan Cakna Hutang Felda

Tahukah anda?

Felda terpaksa menanggung kos besar melibatkan RM300 juta setahun disebabkan model tanam semula yang tidak lestari. Selain itu, mereka kehilangan 350,000 hektar tanah yang dipajak untuk FGV selepas FGV tersenarai dalam Bursa Malaysia pada 2012. Sedihnya lagi, pulangan dividen yang diterima tidak seperti yang diharapkan.

Disebabkan hal ini, FELDA terpaksa membuat pinjaman dan menanggung hutang mencecah RM10.7 billion berikutan masalah kewangan sejak 2013. 

Dahla susah nak bayar balik hutang, hutang peneroka pula makin naik, kutipan hutang juga menurun. Semua ini memburukkan lagi kewangan FELDA menyebabkan berlaku kecairan sebanyak RM1.3 billion pada September 2020. Adakah kerajaan cakna dengan isu ini?

Jawapannya ya, kerana kerajaan telah melupuskan sebanyak 80% hutang peneroka. Sekalipun ia memberikan beban pada kewangan FELDA, namun tawaran diberikan untuk membantu para peneroka, dan pelan pemulihan sebagai backup yang telah dijalankan.

Hasilnya dapat kita lihat pada hari ini, hutang peneroka yang dikira sehingga Disember 2019 kepada FELDA hanya berbaki 10% sahaja!

Bayangkan keluarga yang terpaksa meminjam dari jumlah RM800 ke RM1000 hanya perlu membayar sekitar RM150 ke RM300 sahaja. 

Pemimpin macam ni la yang rakyat harapkan. Yang prihatin dan menjaga kebajikan rakyat.

KONGSI ARTIKEL INI