Jom Kenali Semut Merah Wira Rakyat

Jabatan Amal Malaysia atau lebih dikenali dengan ‘Semut Merah’ sentiasa menjadi kebanggaan masyarakat. Mereka antara golongan terawal untuk turun padang jika diperlukan.

Hilang di hutan? Maka ke hutanlah mereka.

Lemas dalam air? Maka ke sungai atau ke lautlah mereka.

Selut tebal sampai ke lutut? Berlaku tanah runtuh? 

Maka ke situlah mereka datang untuk membantu. 

Tua, muda, pangkat phd, sekolah rendah, OKU dan even kanak-kanak pun ada. Sentiasa bermanfaat pada orang sekeliling tidak mengira latar belakang.

Semut Merah, itulah gelaran yang sesuai diberikan kepada mereka. Frontliners yang tidak didendang. 

Sukarela turun membantu tanpa mengharapkan balasan. Semua negeri mereka turun tau.

Pada Januari 2021, berlaku banjir di Kota Tinggi Johor dan seramai 3000 anggota Jabatan Amal dikerah untuk turun membantu.

Terdapat berita menyedihkan anggota Semut Merah terutamanya apabila pada Disember 2021, salah seorang anggota Amal Johor yang turun ke Selangor telah meninggal dunia ketika melakukan kerja amal. Pemergian itu mendapat perhatian ramai kerana arwah pergi ketika berkhidmat untuk masyarakat.

Tahniah Jabatan Amal Malaysia kerana cakna dan bersedia berkhidmat tidak kira masa, tempat dan tenaga.

KONGSI ARTIKEL INI