Serius Lah Laksa Tu Ikan Sekoq Semangkuk?

Kalau pergi ke utara, antara menu anda kena cuba adalah laksa. Laksa utara ni memang ada kelainannya daripada setiap negeri.

Cara masak pun dah berbeza, sudah tentu rasanya juga akan lain. Apapun yang terkenal nama laksanya ialah ‘Laksa Ikan Sekoq’. Sekoq tu maksudnya seekor.

Apa yang menariknya tentang laksa ni adalah ia dihiasi dengan telur separuh dan ikan kembung seekor. Harga sangat lah murah sebab Kedah masih mempunyai nilai perbelanjaan yang tidak tinggi. 

Jika kedai tersebut ‘serve’ laksa, mereka sangat mencadangkan anda makannya bersama cendol. Fuhhh memang terangkatlah.

Antara kedai menjual laksa ikan sekoq adalah di Mergong, Alor Setar.

Cara memasak laksa ini anda perlu bertanya kepada orang utara sendiri. Yang pasti, orang kedah akan menggunakan ikan kembung@termenung. Ini ikan yang terbaik untuk digunakan dalam memasak laksa.

Selain laksa ikan sekoq, pesaing terdekat yang sama power ialah Laksa Teluk Kechai. Teluk Kechai adalah sebuah nama tempat, bukan bermaksud ‘Telur Berkecai’ ya.

Perniagaan Laksa Zakaria Sekeluarga, Teluk Kechai

Lokasi: No 250, Jalan Kuala Kedah, Teluk Kechai, Alor Setar, Kedah (berdekatan Masjid Teluk Kechai)

KONGSI ARTIKEL INI