Makan Besar CNY Kasih Sayang Keluarga

Gong Xi Fa Cai ! Xin Nin Kuai Le !!

Mengikut kepercayaan kaum Cina, tahun ini adalah tahun Harimau yang merupakan binatang ketiga dalam kitaran 12 haiwan Zodiak Cina. Bila tiba Tahun Baru Cina ni, tak sah la kalau tak bunyi mercun di luar rumah. Lagi meletup dari Hari Raya Aidilfitri.

Apa yang menarik bila Tahun Baru Cina adalah setiap keluarga akan adakan makan besar. Seluruh keluarga akan berhimpun beramai-ramai. Makanan penuh atas meja. Macam buffet!

Suasana akan jadi lebih meriah dengan kehadiran sanak-saudara yang datang dari jauh. Semangat seperti inilah yang kita nak bila tiba hari raya kita. Gelak bersama-sama, kongsi cerita orang jauh dan banyak lagi. Vibes tu kita boleh rasa sampai ke tulang walaupun hanya membayangkan saja.

Bukan itu saja, orang-orang muda pula akan ziarah golongan tua dan berikan angpau dalam sampul merah sebagai tanda nasib yang baik. Waktu inilah juga antara waktu terbaik untuk santuni golongan tua. Mereka akan rasa disayangi dan diberi perhatian sebaiknya.

Sebenarnya tak kisah la sambutan hari raya kaum mana sekalipun, semua mempunyai adat dan suasana yang berbeza. Adat inilah yang menyatukan sesama kaum mahupun kaum yang lain. Semangat kekeluargaan ini yang kita kena pupuk kerana kita kan Keluarga Malaysia.

KONGSI ARTIKEL INI