Macam Mana Mercun Meletup?

Mercun ni sebenarnya seronok nak dibuat main tapi kalau terlebih seronok, sakit yang mendapat nanti.

Tahun Baru Cina ni yang bestnya, tak sah kalau tak dengar bunyi mercun. Kadang-kadang dah macam bunyi perang lagi.

Mercun adalah bunga api asli, (the original fireworks) yang dicipta oleh orang Cina lebih dari 1000 tahun dulu. Tapi tahukah anda, macam mana proses mercun meletup? 

Mercun ni terdiri daripada serbuk bahan api (gunpowder) yang dibalut dalam kertas bersama dengan fius (sumbu). Serbuk hitam atau gunpowder ni terdiri daripada 75% potassium nitrate, 15% carbon, dan 10% sulfur. 

Bila haba yang dikenakan mencukupi, ketiga-tiga bahan itu akan bertindak balas menghasilkan gas nitrogen, carbon dioxide dan potassium sulfide. Produk kimia yang terhasil akan mengembang (zarah) dan menyebabkan tekanan tinggi sehingga meletupkan bekas pembalut mercun.

Itulah yang berlaku. Pop! Mercun meletup.

Ada satu peristiwa yang pernah berlaku di Malaysia. 7 Mei 1991, berlaku bunyi letupan yang sangat dahsyat di sebuah kilang bunga api di Sungai Buloh yang telah terbakar dan meletup secara tiba-tiba. Ia dianggap tragedi Hiroshima kecil yang telah mengubah polisi negara sehingga ke hari ini. 

Sebenarnya, kilang mercun yang berada di kawasan perumahan akan memberikan risiko yang sangat tinggi. Bahan-bahan untuk membuat mercun adalah sangat aktif dan mudah bertindak balas dengan udara dan air. Dengan hanya sedikit oksigen dan air boleh menyebabkan kecelakaan yang dahsyat.

Haa, seronok tak main mercun? Seronok-seronok jugak, nanti risau masa kahwin tak cukup jari nak hulur.

KONGSI ARTIKEL INI