Pengutip Sampah Jadi Jutawan Muda

Jom kenali, siapakah gerangan Michael Carroll?

Pada tahun 2002 Michael Carrol telah menjadi seorang jutawan yang mana pada ketika itu beliau baru baru sahaja berusia 19 tahun. 

Awal sangat kan? Mesti kalian ingin tahu bagaimana waktu muda pun dia sudah menjadi seorang jutawan. Sebenarnya, sebelum dia menjadi jutawan, Michael hanyalah seorang pengutip sampah sahaja. Nak dijadikan cerita, ibarat bulan jatuh ke riba, rezeki Michael menang loteri pada umur 19 tahun dengan jumlah sebanyak 9.7 juta dollars!

Tapi sayangnya Michael mudah terpengaruh dengan sikap boros. Duit yang dimenangi akhirnya dihabiskan pada perjudian, pelacuran, cocaine dan sport car. 

Selain daripada sikap boros, Michael juga terlibat dengan dengan masalah kelakuan yang mana menyebabkan dia dimasukkan ke penjara pada 2004 kerana telah membuli jirannya.

Pada tahun 2006 pula, beliau dimasukkan ke penjara disebabkan pergaduhan dan akhirnya pada tahun 2010, Michael bankrup!

Pada 2013 akhirnya Michael menjadi homeless dan bekerja sebagai pekerja arang batu. 

Daripada kisah ini kita dapat lihat bahawa judi boleh merosakkan sebuah kehidupan manusia.

Hiduplah dengan memberikan kebaikan pada orang sekeliling kerana jasa akan dikenang dan harta akan binasa.

KONGSI ARTIKEL INI