Harimau Malaya! Penantian 43 tahun mungkin akan berakhir pada malam ini !
Jangan lupa untuk menyaksikan perlawanan bola sepak yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia. Admin cadangkan sediakan kopi, biskut dan kudap-kudap siap-siap sebab nak tonton bola kan haaa..

Hanya berbaki satu perlawanan terakhir sahaja bagi peringkat kumpulan E saingan akhir kelayakan Piala Asia 2023. Fuh, admin pun rasa berdebar. Keputusan kemenangan ke atas pasukan Bangladesh pada malam ini pastinya akan menentukan kedudukan Malaysia sama ada layak ke tak untuk ke Piala Asia 2023. Harimau Malaya!

Mungkin masih ramai yang tidak tahu bagaimana kaedah pasukan-pasukan yang sedang bertanding ini untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023.
24 pasukan diperlukan untuk pusingan akhir Piala Asia. 13 Pasukan sudah berjaya antaranya Jepun, Korea, Australia, Qatar dan beberapa negara yang lain. Kini tinggal baki 11 slot dan 11 slot inilah yang sedang direbutkan oleh 24 pasukan dalam 6 Kumpulan kelayakan ke-3 Piala Asia.
Semua juara kumpulan of course akan layak manakala Naib juara pula akan dipilih 5 yang terbaik daripada 6 kumpulan tadi. Dan Malaysia kini berada di tempat yang ke-5.
Dalam bahasa mudahnya, Malaysia tiada pilihan lain. Selain menang melawan Bangladesh dengan jumlah gol yang besar. Jadi selamat maju jaya Harimau Malaya !


