Bagi pengunjung yang datang ke Kelantan, wajib kena singgah Pasar Siti Khadijah atau nama asalnya adalah Pasar Besar Buluh Kubu. Nama pasar ini ditukar olehbekas Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.
Selain pelbagai jualan yang disediakan, Pasar Siti Khadijah ada keunikannya tersendiri.
Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Setiap tingkat menampilkan jualan yang berbeza. Yang paling best, kalau nak cari makanan yang susah nak dapat, silalah cari di pasar ini. Pasti ada apa yang kalian idamkan.
Kedudukan pasar ini berada strategik di pusat bandar Kota Bharu dan penuh dengan kehadiran pelancong termasuklah pengunjung tempatan.
Antara keunikan lain adalah, peniaga yang meniaga di pasar Siti Khadijah sering dikatakan seorang yang kaya-raya berdasarkan gelang emas yang dipakai. Bukan setakat seutas gelang, malah lebih lagi. Sebenarnya negeri Kelantan sangat terkehadapan dari sudut ekonomi dan perniagaan.
Kepada anda yang berhajat untuk menjejakkan kaki ke Kelantan, maghi singgoh. Makanan murah, barang murah, boleh borong banyak-banyak. hehe