Tuan Guru Nik Aziz & Kerajaan Dua Undi

Pernah dengar tak ayat “Kekuatan sebuah kerajaan tidak bergantung pada nombor, tetapi pada prinsip dan akidah perjuangan mereka.” Dan hakikatnya, itulah yang betul-betul terjadi. 

Bayangkan pada tahun 2004, TGNA memimpin Kelantan hanya dengan beza 2 majoriti sahaja iaitu 24-21. Selepas itu, seorang ADUN dari Pengkalan Pasir telah meninggal membuatkan mereka hilang satu lagi kerusi menjadi 23-22 dan beza hanyalah 1 kerusi. 

Yang mengagumkan lagi, TGNA masih mampu memimpin Kelantan untuk bertahan sehingga PRU-12 pada tahun 2008. Digelar “Kerajaan 2 Undi” kerana salah satu DUN mereka pada ketika itu hanya mempunyai majoriti 2 undi. Tidak hairanlah jika pada PRU-12, kerajaan Kelantan menang besar di bawah kepimpinan beliau.

Persoalannya, bagaimana TGNA mampu memimpin Kelantan supaya kekal utuh sehingga begitu sekali? Kuncinya adalah pada INTEGRITI, KEBERSAMAAN dan TOLERANSI di antara pemimpin-pemimpin politik. Beliau berjaya membuktikan bahawa dengan prinsip Islam, beliau mampu mengemudi kerajaan Kelantan dengan sangat baik. 

Semua parti dapat duduk bersama serta berbincang dengan baik. Kebajikan dan kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan, dan yang paling utama adalah memastikan status quo kekal terjaga sehinggalah negara betul-betul stabil. Haa, barulah okay nak buat PRU semula. Konsep musyawarah dan penyatuan Ummah, inilah yang ditekankan TGNA sejak sekian lama. 

Perkara sama terjadi pada kerajaan negeri Johor bilamana berlaku majoriti tipis sepertimana Kelantan.

Penulis ingatkan, sekiranya pemimpin itu berintegriti walaupun hanya berbeza 1 kerusi, penulis pasti kerajaan yang dipimpin itu mampu di kemudi dengan baik.

KONGSI ARTIKEL INI