Pada Selasa yang lalu, dunia dikejutkan dengan berita yang menimpa seorang anak kecil bernama Rayan Awram yang berumur 5 tahun. Rayan terjatuh di dalam sebuah perigi kering.
Perkara itu telah disedari oleh bapanya setelah ketiadaan anaknya yang bermain di situ pada ketika itu. Perigi sedalam 32 meter itu terletak di utara Maghribi berhampiran kampung Ighran, di wilayah Chefchaouen.
Pihak penyelamat telah dipanggil namun menyukarkan mereka untuk mengeluarkannya kerana keadaan perigi yang terlalu sempit sekaligus mendapat perhatian di seluruh dunia dalam usaha menyelamatkan anak kecil itu.

Kejadian itu memakan masa selama 5 hari untuk menyelamatkannya sehinggakan jutaan penduduk di seluruh dunia memanjatkan doa sepanjang proses menyelamat dan mengharapkan anak kecil itu bertahan untuk dikeluarkan. Bertan-tan tanah telah digali bagi proses menyelamatkan Rayan dan perkara itu telah ditonton di seluruh dunia yang dimuatnaik di media sosial.
Rayan berjuang untuk bertahan di perigi sempit tersebut sehingga dia berjaya dikeluarkan pada 5 Februari oleh ratusan pasukan penyelamat dalam keadaan selamat. Rayan terus dikejarkan ke hospital dan Istana Diraja Maghribi telah mengesahkan Rayan meninggal dunia.

Seluruh dunia bersedih dengan kejadian itu. Orang ramai telah memuat naik pelbagai foto dan video atas pemergian anak syurga yang terperangkap di dalam perigi, Rayan Awram.


