Pernah tahu tak cerita disebalik berjayanya KFC sehingga kini?
Siapakah pengasasnya? Apakah resepi kesedapan menikmati ayam KFC?
Jom penulis ceritakan serba sedikit.
Nama pengasas sebenar KFC ialah Colonel Harland David Sanders. Beliau dilahirkan pada 9 September 1890. Ayahnya meninggal dunia semasa Sanders berusia 6 tahun dan pada ketika itu beliau mempunyai 2 orang adik kecil. Selain itu, setelah kematian ayahnya, ibunya lah yang bekerja keras untuk menampung keluarga.

Sanders mula bekerja pada umur 10 tahun sebagai pembantu ladang dengan pulangan sebanyak 2 dollar sebulan. Pada umur 16 tahun pula Sanders sertai tentera selama 3 bulan. Selain itu, Sanders pernah menjadi seorang bomba, peguam, penjual insuran, salesman, operate ferry dan boat. Bukan itu sahaja, Sanders juga pernah menjadi pengusaha stesen minyak selama 6 tahun.
Fuh, bukan kaleng-kaleng David Sanders ni.
Dalam tempoh masa tersebut, itulah perjalanan hidupnya sebelum berlakunya “The Great Depression”. Namun pada usia 40 tahun, David Sanders tiada pendapatan tetap dan hampir muflis.

Kemudian David Sanders berpindah ke Corbin di Kentucky. Semasa berada di sana, David mendapat kontrak bersama syarikat Shell. Nak dijadikan cerita, Sanders sedar yang kebanyakan pemandu untuk singgah isi minyak, banyak memberikan pertanyaan tentang lokasi yang menarik untuk menambah alas perut. Kemudian, dari situlah bermulanya idea Sanders untuk membuka kedainya sendiri.
Beliau memulakan perniagaan sendiri bermula dengan menjual makanan beralaskan meja makan keluarga. Hasilnya, semakin hari semakin ramai yang datang untuk berdating semata-mata untuk makan steak, ham, telur, biskut. Yang paling popular adalah ayam goreng. Setelah mempunyai modal cukup dan lebih besar, beliau membeli motel berdekatan dan mengubahsuai menjadi restoran Sanders Court and Cafe selepas restoran pertama terbakar.

Bila benda dah viral, pengunjung pun datang entah dari mana. Beliau mengalami masalah dalam pemprosesan untuk menyediakan ayam goreng. Akhirnya Sanders membeli ‘pressure fryer’ untuk menjimatkan masa dan persediaan ayam pun lebih cepat.

Pada umur 26 tahun, Sanders mengalami jatuh bangun dalam bisnesnya dan akhirnya beliau menjual aset untuk keluar mencari pengusaha. Nak tahu tak apa yang beliau lakukan? Jawapannya, hanya dengan menjual resepi sahaja. Do Drop Inn adalah antara hotel yang pertama yang setuju untuk membeli resepi Sanders.

Pada 1952, beliau berjaya menjual francaisnya kepada lebih 200 cawangan di Kanada & Amerika Syarikat. Pada 1964 Sander sudah mempunyai sebanyak 600 francais, syarikat francais dijual dengan nilai 2 juta, dan beliau meneruskan sisa hidupnya sebagai duta KFC.
1980 Colonel Sanders meninggal dunia ketika berumur 90 tahun dengan meninggalkan nama KFC itu sehingga kini.



