Siapa saja yang tidak kenal akan seorang ulama’ tersohor bernama Syeikh Prof. Dr. Yusuf Abdullah Al-Qaradhawi. Beliau sangat dikenali bahkan disegani ramai disebabkan ketokohannya sebagai seorang pemimpin.

Beliau dilahirkan di Mesir pada tahun 1926 serta seorang pemikir Islam yang banyak menyumbang idea untuk kesejahteraan umat Islam. Selain itu, beliau merupan bekas Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia dan dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa pada tahun 2009. Tak hairan la jika beliau antara insan yang sangat dihormati.
Seorang cendekiawan islam dari Mesir ni memainkan peranan yang sangat penting kepada seluruh umat Islam kerana beliau juga merupakan ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah.

Semasa di peringkat sekolah rendah dan menengah, Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi menyertai Institusi al-Azhar dan sejak berusia 10 tahun lagi, beliau sudah pun menjadi seorang hafiz al quran. Antara pencapaiannya, beliau telah menerbitkan lebih 100 buah buku yang menyentuh keseluruhan aspek hidup Muslim. MashaAllah, menyeru kepada kebaikan melalui penulisan yang ditinggalkan menjadi sebuah karya.


Namun, besar dugaan dan cabaran beliau sebagaimana besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul. Semasa hidupnya, beliau telah dipenjarakan sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1949, 1954 dan 1956.
Pada tarikh 26 September 2022, seluruh Malaysia menangisi pemergian syaikhul ummah ini. Patahnya tiada dahan yang tumbuh. Hilangnya, tiada galang yang berganti.

Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah untuk almarhum Syeikh Professor Dr Yusof Al Qaradhawi.