Telur tak cukup stok! Siapa tak gelabah weh. Kawan-kawan yang makan nasi bujang mesti terkesan punya. Aduhh…
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memandang serius isu kekurangan bekalan telur ayam di pasaran sebab permintaan dan pembelian tinggi pada sebelum, semasa dan selepas Tahun Baru Cina.

Isu telur ayam mendapat perhatian rakyat yang meluahkan rungutan dengan memberi respon di media sosial. Rata-rata menyatakan respon yang kurang menyenangkan sekaligus disebabkan ada peniaga yang menghadkan pembelian telur hanyalah dibenarkan 10 biji setiap seorang sahaja.
10 biji tak boleh buat bisnes geng. Burger special, burger benjo, double special dan roti john pasti terjejas teruk!

Semua sudah maklum bahawa telur menjadi barang keperluan setiap rumah. Menurut Pengarah Penguatkuasa (KPDNHEP), rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 30 juta biji telur ayam sehari atau 930 juta telur sebulan di seluruh negara. Wahhh tak pelik la stok telur ayam pun boleh berkurang. Ayam pun boleh merungut.
Rakyat Malaysia yang muslim mungkin risau kita tidak berjaya mengatasi bekalan telur sebelum Hari Raya Aidilfitri. Habis lah planning kuih semperit mak long kita.

Penulis ingatkan supaya rakyat Malaysia tidak perlu risau jika stok telur ayam tidak mencukupi kerana kerajaan sudah menyatakan bekalan telur ayam adalah stabil dan mampu memenuhi permintaan semasa pengguna.
Tetapi kalau bekalan telur ayam tidak mencukupi buat masa sekarang, telur itik katanya masih ada..huhu


