5 Senarai Taman Tema Menarik Untuk Dikunjungi

Taman tema air adalah tempat riadah terbaik untuk dikunjungi bersama keluarga pada hujung minggu. Pada masa PKP ini mungkin kita dah lama tak jejak kaki ke sana. Silap-silap dah lupa dekat mana ada taman tema air. Ok, jom tengok senarai dibawah.

1. LEGOLAND WATERPARK, JOHOR

Taman Tema Legoland Johor meruakan yang pertama di asia tenggara. Taman tema ini telah menjadi viral pada awal perancangannya dan mendapat sambutan yang mengalakkan semasa hari pembukaannya.

Legoland waterpark terletak di kawasan Iskandar Puteri, Johor dan merupakan taman tema antarabangsa pertama di Malaysia. Taman tema legoland Johor juga merupakan yang keenam di dunia.

Terdapat 40 aktiviti dan permainan yang menarik dapat dilakukan disana. Pasti tidak rugi jika anda berkunjung kesana. Setahun sekali pun sudah mampu memberikan kenangan yang sangat manis.

2. TAMAN TEMA ESCAPE, PENANG

Teluk Bahang, Pulau Pinang kini mempunyai tarikannya tersendiri apabila mempunyai taman tema air dengan gelongsor terpanjang di dunia. 

Gelongsor air sepanjang 1.140 kilometer (km) yang mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila menerima pengiktirafan daripada Guinness World Record (GWR) September lalu itu terkandung dalam fasa ketiga iaitu Gravity Play.

Apa yang menariknya di taman teman ini adalah ia masih mementingkan kehijauan setempat meskipun dibina di kawasan berbukit.

Kehadiran anda disini pasti menguji fizikal dan mental.

3. A’FAMOSA WATERWORLD, MELAKA

Taman tema ini terletak di kawasan yang berbukit, serba hijau di pinggir kota. A’Famosa Waterworld ini terletak di A’Famosa Resort yang dibina pada tahun 1996.

Selain taman tema air, resort ini juga menyediakan kemudahan untuk bisnes, golf dan banyak lagi.

Terdapat tiga bahagian di kawasan ini iaitu Taman Tema Air, Taman Tema Safari dan Taman Tema berkonsepkan “Cowboy”. Taman tema tersebut juga menggelar dirinya  ‘Largest Water Theme Park in Malaysia’ yang bermaksud taman tema air terbesar di Malaysia. 

4. SUNWAY LAGOON, SELANGOR

Taman Tema Sunway telah lama beroperasi di Malaysia dan sangat dikenali di seluruh negara. Taman tema ini terletak di Bandar Sunway, Subang Jaya.

Apa yang menarik, Sunway Lagoon dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1993.

Semenjak tahun 2001, Sunway Lagoon telah menambah pelbagai aktiviti yang menarik serta mewujudkan bahagian-bahagian yang menarik untuk kunjungan anda.

Antaranya adalah luncur air di pantai buatan, Zoo interaksi hidupan liar, Scream Park taman hantu, luncur air Vuvuzela, dan Nicklodean Lagoon.

5. LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK

Tambun adalah sebuah kawasan yang terletak di lembah gunung ganang dan kawasan yang serba hijau. Taman tema ini memberikan satu pemandangan yang sangat berbeza berbanding taman tema lain di Malaysia.

Selain taman tema, Tambun juga memberikan aktiviti Night Theme. Taman Tema Tambun sangat memberikan sokongan terhadap Sustainable Development Goal United Nation. Oleh sebab itu, meskipun taman tema ini dikawasan hutan tetapi pembinaan di sini mementingkan ciri-ciri penjagaan alam sekitar.

Pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda dapatkan di sini selain bermain di kolam air. Rujuk portal Lost World of Tambun untuk mengetahui segala kemudahan yang ditawarkan.

KONGSI ARTIKEL INI