Wahhh, Patut La Ramai Beratur Demi BUBBLEBEE!

Bubblebee kini menjadi kegemaran rakyat Malaysia untuk dinikmati. Pengasas Bubble bee, Shuib menjadi pengusaha pertama di dunia yang memperkenalkan minuman boba berasaskan madu.

Masalahnya sedap sangat ke air Bubblebee ni? Apa komen korang yang dah minum?

Bubblebee menghasilkan rasa yang manis kerana inti utama yang diletakkan adalah potongan madu asli digabungkan dengan Golden Series Ice Cream. Boba Pearl juga dimasukkan dan rata-rata netizen memberikan respon yang baik kerana rasa madu yang unik dalam Pearl apabila dikunyah.

Rasa manis yang kuat membuatkan minuman ini sebaiknya tidak kerap untuk diminum dalam tempoh yang singkat kerana bimbang kandungan gula yang agak tinggi.

Ramai yang sanggup beratur panjang untuk membeli minuman unik ini terutama golongan remaja, dewasa dan kanak-kanak. Pastinya menjadi suatu kebanggaan buat pengasasnya kerana berjaya menarik minat pelanggan untuk mencuba produk baru mereka.

Shuib juga meletakkan sasaran untuk membawa nama Bubblebee ke peringkat antarabangsa kelak. Tahniah anak muda, semoga bisnes ini terus maju dan berjaya.

KONGSI ARTIKEL INI